{...kalam hati..}

tulisan saja...

At 2:39 PM on Thursday, November 27, 2008


cerita langitmalam.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soal mu pada ku di suatu malam.
Tidakkah dia pernah teringatkan mu.
Di antara denting-denting waktu.
Di antara buku, kuliah dan musim silih berganti.

Kalau seandainya nama mu singgah di hatinya.
Bersama doa, supaya diri mu baik-baik sahaja.
Walau di mana dan apa jua yang diri mu lakukan.
Siapakah di antara kita yang pernah tahu?

Bukannya ku mahu memberi harapan palsu.
(Kerana kata mu, semuanya kini tak lagi bererti)

------------------------------

[ Z ]
tapi kejauhan tak pernah membatasi ingatan.

[ SK ]
yaaa...

[ Z ]
jadi, mengapa Jordon yang dipersalahkan.

[ SK ]
tak tahu. okay, bukan sebab dia jauh di Jordon.
tapi sebab... dia akhirnya sudah berpunya.
----------------------------------------

Masihkah ingat, dulu pernah ku berkata.
Melepaskan rasa cinta itu, bagaikan :
Melepaskan belon cantik, yang tangan mu pegang bertahun.

Melihatnya naik tinggi, membebaskan ia pergi.
Semakin jauh dibawa angin dari diri.
Pasti sarat rasa pedih di relung hati.
Mata mu turut bergenang, barangkali.

Tidak pasti tentang hari-hari yang bakal dilalui.
Tanpa bayangannya, tanpa harapan berbunga.
Apakah tegar diri mu menghadapi segala.

Masihkah belon cantik itu terlihat di pandangan mu?
Masihkah rasa pedih dalam hati setia bertamu?
Atau, sudah terhapuskah segala rindu-rindu?
Terlalu ingin ku tahu, jawapan jiwa mu.

Tangan mu yang kosong, jangan terlalu di endahkan.
Kita sama, kerana itulah ku amat mengerti.
Ruang itu, kan terisi suatu hari nanti.
Yakinlah, ini semua bukan selamanya.
Tuhan mendengar doa-doa kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


aku hari ini...entah...tiba..tiba...rasa malu..

tahu tak tentang satu hal..??


Percintaan dan kehidupan terpisah bagi seorang lelaki ;
bagi perempuan percintaan dan kehidupan menjadi satu.

berbisik....,
malamhari

Comments: Post a Comment


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


......